31 Dec 2018

Info-Terms dalam pakej

Assalamualaikum semua
😆

Sambil-sambil tu,nak review terms dalam bidang travel ni.Senang untuk korang semak sekiranya jumpa lain kali.Takdela tanya banyak kali.

Silakan membaca dan banyakkan membaca.Jangan mudah terpedaya even pakej yang murah,sedangkan ada yang tak termasuk.Jadilah pengguna yang bijak.

🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀

☸Half Board☸
Pakej "Half Board" agak lebih kurang dengan Ground namun sedikit berbeza kerana half board ada menyediakan sekali dengan tiket kapal terbang namun tak semua perkara ada seperti Fullboard.Half board biasanya termasuk tiket kapal terbang,pengangkutan,penginapan,sarapan pagi atau perkara-perkara yang telah dinyatakan sahaja.

Pakej ini sesuai untuk mereka yang tidak ingin terlalu terikat dengan trip namun masih memerlukan guide sebagai panduan dan rujukan.Pakej ini biasanya sesuai juga untuk mereka yang ingin berjimat kerana mereka tahu di mana perlu cut cost dan sebagainya.

☸Full Board☸
 "Full Board","All Inlusive" dan "All In" memberi maksud yang sama dalam industri perlancongan.Pakej percutian yang disediakan lengkap termasuk semua sekali iaitu tiket kapal terbang, makan minum, tiket masuk ke tempat lawatan, hotel,pengangkutan,guide dan perkara-perkara yang telah dinyatakan. Hanya perlu bawa wang poket sahaja.

 Pakej ini sesuai untuk mereka yang tidak mahu pening kepala dan sakit-sakit memerah otak merancang dan mengatur masa ke tempat-tempat lawatan.Bayar dan ikut sahaja itinerary namun masih perlu difahami,akan ada itinerary yang bertukar-tukar mengikut hari atau keadaan semasa.Namun,biasanya semua company travel akan cuba cover semua tempat yang telah dinyatakan dari awal.Pakej ini juga sesuai untuk mereka yang makan mengikut masa rutin biasa setiap hari.


☸Ground☸
"Ground Package" bermaksud pakej percutian yang disediakan di lokasi percutian sahaja. Yang bermaksud, tiket kapal terbang TIDAK termasuk di dalam pakej. Yang termasuk, cumalah hotel, makan minum, pengangkutan darat,bayaran masuk di tempat lawatan sahaja atau perkara-perkara yang telah dinyatakan sahaja.Perlu faham dan jelas apa yang termasuk dan tidak termasuk dan juga perkara yang memerlukan bayaran tambahan sama ada pilihan ataupun wajib.

Pakej ini sesuai untuk mereka yang tahu dan faham membeli tiket kapal terbang dengan harga yang murah yang biasanya semasa musim promo free seat.Pakej ini juga sesuai untuk mereka yang kurang pengetahuan di sesuatu tempat tersebut dan untuk mereka yang membawa warga tua atau kanak-kanak.Kerana sudah pasti,kita memerlukan penyusunan itinerary yang lebih baik berbanding dengan travel sendiri bersama kawan-kawan yang lebih muda.

☸Free & Easy☸
" Free & Easy Package" bermaksud pakej percutian yang hanya menyediakan hotel sebagai penginapan, airport transfer sahaja (urusan menjemput dan menghantar pulang dari/ke airport) atau perkara-perkara yang telah dinyatakan sahaja. Free and easy semestinya menawarkan pakej yang lebih murah namun harus difahami bahawa kita akan sentiasa mengeluarkan belanja setiap masa dan akan sedikit menganggu perjalanan itinerary kerana kadang-kadang akan ada bajet yang terlebih dan terkurang.

Pakej ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu relaks-relaks dan tidak terikut dengan itinerary.Ia juga sesuai untuk mereka yang ingin berjimat kerana boleh merancang bajet sendiri namun perlu beringat perlu menyediakan wang kecemasan dan untuk mereka yang sukakan adventure.

🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀

Dah tahu kan?Jadinya,harap faham lah terms basic ni🤗

#kitabelajareducateorang
#malaysiansukamembaca

No comments:

Post a Comment